MATAPELAJARAN PUSAKA GAYONG
1.TapakPusakaGayung
Tapak Pusaka Gayung akan diajarkan kepada ahli-ahli yangbaru iaitu cara-cara senaman, gerakan senaman anak
harimau, tapak asas kedudukan, tapak menyerang, pukul
memukul dan seluruh permainan tangan kosong. Ini bererti
boleh bermain buah tangkapan 21 biji, serta buah pentas serang menyerang21biji.
harimau, tapak asas kedudukan, tapak menyerang, pukul
memukul dan seluruh permainan tangan kosong. Ini bererti
boleh bermain buah tangkapan 21 biji, serta buah pentas serang menyerang21biji.
2a. Seni Pusaka Gayung (Parang)
Pelajaran ini hanya diajar kepada ahli-ahli Gayung yang habis mempelajari matapelajaran Tapak Pusaka Gayung, tetapi mestilah mandi (memasuki) Seni Gayung. Mata pelajarannya akan diajar cara-cara tangkapan pisau sebanyak 25 tangkapan kunci mati, dan cara-cara bermain pentas pisau. Diajar juga tangkapan parang panjang serta bermain pentas
parang panjang
2b. Seni Pusaka Gayung (Lembing)
Pelajaran Lembing adalah di peringkat ke 4 iaitu Simbat, tetapi mata tikamannya tajam.
Cara-cara menggunakannya:
Cara-cara menggunakannya:
- Tikaman Lurus
- Tikaman Sula
- Tikaman Rimbat
- Tikaman Hentak
- Tikaman Rejang/Rejam
Terawis, Panglima Negeri Perak Darul Ridzuan.
3. Seni Keris
Pelajaran ini diajar kepada ahli-ahli yang telah habis belajar pelajaran Seni Gayung, iaitu cara-cara bermain tikaman keris
sebanyak 49 tikaman
sebanyak 49 tikaman
4. Seni Simbat
Matapelajaran ini diajarkan kepada ahli-ahli yang telah habis bermain tikaman keris. Matapelajarannya ialah cara-cara tangkapan orang hendak memukul dengan beda panjang seperti kayu, rotan, lembing dan seumpamanya
5. Seni Yoi
Pelajaran ini diajar setelah habis pelajaran Seni Simbat. Pelajarannya adalah cara-cara mengalahkan musuh yang lebih besar atau kuat dari kita. Cara bermain ialah lompat melompat, tipu menipu seperti kera atau monyet, kaedahnya seperti ulat jejentik
6. Seni Cindai
Pelajaran ini hanya diajarkan kepada wanita dan orang yang berumur 40 an sahaja. Permainan ini sangat merbahaya dan memerlukan kesabaran. Apabila berada dalam keadaan terdesak atau perlu sahaja barulah kita boleh bertindak menggunakan Seni Cindai iaitu dengan menggunakan selendang, kain tudung, tali, kain pakai, bengkong, tali pinggang, tali ikat kepala, dan rantai
7. Seni Belian
Pelajaran ini diajar kepada orang tertentu sahaja,
sebab ia menggunakan ilmu kebatinan. Orang yang mempelajari Seni Belian ini hendaklah beramal Qulhuallah 70 ribu dan ayat sembilan 17 kali sehari semalam. Apabila kita dalam keadaan terdesak atau terpaksa, kita akan mendapat pertolongan dari Allah dan permainan kita bertukar bermain seperti harimau